Kelulut Integrated Information System

Sistem Maklumat Bersepadu Kelulut

 






Sistem Maklumat Bersepadu Kelulut atau lebih dikenali sebagai Integrated Information System (KIIS) dibangunkan adalah untuk membantu memperkasakan industri produk hasilan kelulut seperti madu, roti lebah dan propolis melalui kaedah penggunaan teknologi terkini seperti Internet of Things (IoT). Selaras dengan perkembangan Revolusi Perindustrian Ke Empat (Industri 4.0) melalui dana “Solving Industry Wide Problem” dibawah SIRIM-Fraunhofer, Industrial Centre of Innovation in Sensor, SIRIM Berhad dengan kerjasama Institut Genome Malaysia (MGI) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah memperkenalkan kaedah penternakan pintar menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) dan Wireless Sensor Network (WSN) sebagai salah satu cara untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran madu kelulut bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa.

Mengikut stastistik daripada Kementerian Pertanian dan Asas Tani, sehingga kini, terdapat kira-kira 1, 200 penternak berdaftar dengan jumlah 60,000 log kelulut2. Namun begitu, kebanyakan penternak hanya tertumpu kepada madu sahaja berbanding roti lebah dan propolis yang ternyata lebih banyak khasiatnya. Masalah-masalah lain yang dikenalpasti yang dapat menghalang produktiviti ternakan kelulut ialah pengecaman koloni kelulut, penjagaan kualiti habitat kelulut, kawasan ternakan, rekabentuk kotak sarang kelulut dan peralatan tuaian yang bersesuaian.

Sistem ini juga telah dibangunkan mengikut keperluan Standard Amalan Pertanian Baik (APB) untuk memastikan pengrekodan maklumat mengenai spesis kelulut, suhu, kelembapan, dan jadual tuaian yang berkala dan sistematik untuk memastikan madu yang terhasil berkualiti dan mempunyai nilai yang tinggi.

Device & Hive

Peranti & Sarang

     

Sistem Maklumat Bersepadu Kelulut (KIIS) menggunakan alat berasaskan IoT (Internet of Things) yang menggunakan sensor digital untuk mengukur suhu dan kelembapan sarang secara automatik, secara berkala dan dalam masa nyata. Peranti menghantar data ini secara wayarles ke unit pengumpulan data (Unit MK) melalui Teknologi Wi-Fi dan seterusnya ke pelayan awan melalui modul GSM / GPRS. Kemudian data boleh diakses menerusi sistem berasaskan web di komputer, dan telefon pintar berasaskan Android.

Peranti IoT KIIS (KIIS Iot Device)

     

Pam madu ini direka bagi memudahkan proses pengambilan madu dari sarang lebah kelulut. Ia dibina menggunakan pam peristaltic, suis, socket kuasa, bateri, "sling nylon" dan kabel. Pam madu yang direka ini amat sesuai untuk digunakan bagi kelulut dari spesis tetrigona, heterotrigona, lepidotrigona and geniotrigona. Kadar aliran pam ini ialah 100 ml/min, boleh beroperasi selama 5-6 jam dan pam ini boleh dicas menggunakan power bank. - Pam Madu yang menggunapakai Peranti IoT. Menggunakan pangkalan data yang berpusat di cloud server. Menggunakan teknologi RFID tag. Mengira berat madu secara terus dalam masa nyata. Kadar Sedutan: 500ml/min. Bateri bertahan selama 8 jam sebelum di cas semula. Data (ID log, berat dan masa) dihantar dalam masa nyata ke cloud server seterusnya boleh diakses melalui laman sesawang menggunakan computer dan telefon pintar.  

Pam Pintar Penuaian Kelulut (Kelulut Smart Harvesting Pump)

SIRIM CERAMIC HIVE (SCH) direka menggunakan Smart Design with hollow untuk memberi kestabilan suhu dalam sarang dan membuat keadaan kelulut lebih sihat. Selain itu, SCH membantu mengurangkan penebangan pokok dan memelihara ekosistem hutan, kerana ia mengunakan bahan yang berasakan seramik yang mesra alam dan sesuai untuk koloni kelulut. SCH ini tidak akan reput seperti log kayu, mengurangkan pembentukan kulat dan algae dan jangkahayat kelulut boleh mencapai sehingga 20 tahun.

Sarang Seramik SIRIM (SIRIM Ceramic Hive)

Copyright © 2017 - 2026, SIRIM Berhad.